Posted by: matapensel | May 16, 2008

Sang Murobbi

Ketika bertemu adik2 saya di luar kota tempoh hari, mereka mempromosikan kepada saya tentang sebuah filem Indonesia iaitu ‘Ayat-ayat Cinta’. Saya pernah mendengar tentang filem ini, yang mengambil inspirasi dari sebuah novel Indonesia yang mencuri tumpuan ramai pembaca bukan sahaja di Indonesia malah juga di Malaysia. Cerita asal di novelnya, saya belum baca, tapi menurut komen teman2 saya yang membacanya, penuh dengan ruh perjuangan dan cinta kepada dakwah. 

Dengan harapan dan jangkaan sebegitu, saya menonton filem yang diberikan kepada saya dalam perjalanan pulang dari airport ke Tokyo. Namun, agak menghampakan kerana saya tidak berjumpa dengan sebarang roh di sana. Hanya ada perempuan-perempuan cantik, yang cuba disulami dengan keindahan akhlak muslimah, seolah-olah cuba membangkitkan angan-angan cinta di dalam diri ikhwah yang sedang berjuang. Saya tidak dapat membaca sebarang kisah perjuangan, hanya ada kisah seorang lelaki hanif yang digilai oleh ramai wanita, difitnah kerana tidak membalas cinta seorang waniata, dan berakhir dengan poligami yang bahagia.

Namun alhamdulillah, kerana tidak lama selepas itu kehampaan saya terubat apabila seorang teman memberikan kepada saya satu link tentang filem di bawah. ‘Sang Murobbi’ merupakan sebuah filem yang mengambil inspirasi daripada kisah hidup K.H Ustaz Rahmat Abdullah, muassis dakwah di Indonesia yang wafat pada tahun 2005.

Melihat trailernya, saya tersenyum, kerana roh yang saya cari-cari dalam ‘Ayat-ayat Cinta’ ternyata ada dalam ‘Sang Murobbi’. Tak sabar menunggu movienya keluar nanti. Selamat Menonton.


Leave a response

Your response:

Categories